Advertisement

Sunday, February 10, 2013

PAPA GOMO: EKSKLUSIF - FAKTA Sulit Pilihanraya 2013 BN Menang 2/3 Majoriti Didedahkan.

PAPA GOMO: EKSKLUSIF - FAKTA Sulit Pilihanraya 2013 BN Menang 2/3 Majoriti Didedahkan.

anaknilai

ZALIMKAH KERAJAAN MALAYSIA ?

kitazalim?


Berapakah anak yang boleh kita miliki? Cuma seorangkah? Atau kita dibenarkan untuk memiliki anak selagi mampu walaupun sedozen? Di China telah terkenal satu polisi untuk memiliki hanya seorang anak sahaja, disebut sebagai jìhuà shēngyù zhèngcè. Justeru sungguh beruntung orang Cina di Malaysia kerana mereka tidak dihalang untuk memiliki anak melebihi seorang. Silakan untuk beranak pinak, cuma jangan beranak di bawah jambatan lalu dibuang ke tong sampah, seperti banyak dilakukan oleh para remaja yang terlanjur.
Malah sungguh beruntung seluruh umat manusia terutama sekali penganut Kristian kerana tidak pernah keluar sebuah dikrit dari Kerajaan Malaysia untuk membunuh setiap anak lelaki seperti yang berlaku di Mesir pada zaman Fir’aun dan juga di masa pemerintahan Raja Herodes di Bethlehem. Sebaliknya Klinik Ibu Dan Anak diwujudkan, Wad Padriatik ditubuhkan, serta perkhidmakan bidan turut disediakan oleh kerajaan.
Fikir sejenak. Gunakan akal yang waras dan pertimbangan yang dibuat atas dasar iman dan keadilan. Cuba kita keluar membawa kereta pada waktu siang lalu melepasi sekatan jalan yang dibuat oleh pasukan polis. Jika kita telah mengikut segala peraturan maka kita akan tenang tenteram dan kemudian setelah polis melihat cukai jalan dan juga lesen memandu yang sah, kita akan dilepaskan. Alhamdulillah pasukan polis ingin memastikan keamanan negara terjamin.
Betapa beruntungnya kita kerana pasukan polis kita bukanlah seperti pasukan polis sesetengah negara. Seorang bekas pengurus bank dari Malaysia di Burma pernah menceritakan kisah tahun 80-an bagaimana pasukan polis meminta wang kepada para pemandu kereta atas kesalahan ‘tidak memasang lampu’ pada siang bolong. Keesokannya pula sekali lagi mereka ditahan dan diminta wang kerana kesalahan ‘memasang lampu pada siang hari’. Lucu tapi benar.
Penindasan seperti ini terus berlaku sampai hari ini. Malah ada rakaman video dimuat naik dalam internet menunjukkan bagaimana pasukan polis negara tersebut mengambil rasuah terhadap setiap bas yang lebih muatan.
Sebaliknya yang terlibat dalam rasuah di negara kita, berkaitan dengan pesalah lalu lintas sahaja. Pengguna jalanraya yang mengikut peraturan tidak pernah terlibat dengan gejala ini. Justeru bermakna perasuah atau yang meminta rasuah memang terdiri dari jiwa yang kotor dan bersalah. Sudah melakukan kesalahan merasuah pula agar terlepas dari hukuman.
Pihak polis tidak pernah menahan kita secara tanpa asas dan semberono, atau memecah masuk rumah kita tanpa ada waran dan sebab yang kuat. Malah kita boleh bertanya kepada jiran tetangga kita, siapakah yang pernah keluar ke kedai lalu ditangkap tanpa sebab, atau rumah mereka diceroboh pihak polis? Pasti kita tidak akan dapati seorangpun yang pernah dianiaya.
Begitu juga apabila kita sakit atau isteri kita ingin bersalin, lalu kita bawa ke hospital kerajaan, apakah kita perlu merasuah para doktor atau jururawat seperti yang berlaku di Bangladesh sampai hari ini? Seorang pelajar Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia dari Bangladesh pernah bercerita bagaimana rakyat Bangladesh hanya akan pergi ke hospital apabila mereka sakit melebihi tujuh hari atau tenat.
Stesen TV kerajaan Qatar, Al Jazeera pernah membuat liputan kisah Aklima, seorang ‘cleaner’ yang mengidap sakit jantung di Dhaka Medical College Hospital terpaksa merasuah para doktor dan kakitangan hospital untuk mendapatkan rawatan, termasuk untuk melakukan ujian darah.
Jauh sekali keadaan Bangladesh dan Malaysia, ibarat langit dengan bumi. Di Malaysia telah ada klinik di setiap daerah  dan juga Klinik 1Malaysia untuk golongan kurang berada. Jika ada masa dan terserempak dengan rakyat Bangladesh yang mencari sesuap nasi di Malaysia, tanyakan sahaja apakah mereka bersyukur dapat tinggal di negara ini? Dan apakah mereka dizalimi dan ditindas semasa tinggal di Malaysia seperti di negara mereka? Lalu dengarkanlah apa yang mereka akan katakan.
Dimanakah Kerajaan Zalim?
Lucu atau tidak  ketika ada manusia yang menjawat  jawatan yang tinggi, gaji yang lumayan, berkereta mewah, rumah yang besar, duit di dalam akaun banknya tidak pernah diambil sesuka hati, dan dalam keadaan perut tak pernah kelaparan tetapi melaungkan slogan kerajaan zalim, kerajaan korup dan kerajaan itu dan ini.
Apakah dikatakan kerajaan itu zalim apabila tander yang kita pohon ditolak? Dikatakan adil apabila tender yang kita pohon wajib diterima? Ketahuilah bahawa zalim apabila harta kita dirampas tetapi harta milik kerajaan adalah menjadi hak kerajaan untuk diserahkan kepada sesiapapun. Ambil contoh Asri (nama samaran) membuka tender untuk membuat rumahnya yang baharu, lalu dia menerima lima sebutharga.
Kemudian dia memilih syarikat pembinaan yang dia kenal kerana beberapa faktor, antaranya pemilik syarikat tersebut tidak pernah mencela dan melaknat Asri malah tidak pernah berdoa agar perut Asri pecah. Ini adalah tabiat normal manusia, dia suka untuk memberikan hadiah atau pertolongan kepada orang yang berbuat baik kepadanya.
Justeru apakah Asri telah menjadi manusia zalim apabila menolak empat sebutharga yang lain? Pasti tidak! Kerana Asri tidak pernah mengambil harta keempat-empat syarikat tersebut. Hanya manusia yang memiliki jiwa kotor serta penuh tabiat pembangkangan sahaja akan mengatakan Asri telah menzalimi empat syarikat tersebut.
Apakah setiap sebutharga yang dihantar kepada kejaraan Negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, misalkan ada 20 sebutharga, maka mereka memberikan projek tersebut kepada kesemua pemohon tersebut? Walhal ini tidak pernah mereka lakukan. Justeru mereka juga adalah ‘zalim’ kalau difahami berdasarkan pemahaman pembangkang.
Begitu juga rungutan para pembeli tentang harga barang yang sentiasa naik. Apakah mereka mahu memiliki barang semurah di China, walhal minyak masak dari longkang diambil dan disaring kembali. Tepung susu dicampur dengan bahan kimia berbahaya yang mengancam nyawa. Kasut baru dipakai seminggu sudah tercabut dan lekang akibat gam yang tidak tahan dek air. Malah gaji buruh di sana jauh lebih murah dari gaji para pekerja di negara kita.
Menariknya, pembangkang tidak pernah membangunkan sebuah rangkaian pasaraya yang menawarkan harga rendah, menurunkan harga pasaran global, meningkatkan gaji para pekerja. Tong serbuk MILO terus beredar dalam setiap kali ceramah pembangkang. Pelajar Tadika PASTI, mahasiswa di INSANIYAH dan UNISEL terus dikenakan yuran pengajian walaupun melaungkan pendidikan percuma. Malah Kerajaan Kelantan hanya mampu mendirikan 3 buah masjid selama memerintah 21 tahun.
Justeru ketika mereka berbicara tentang ekonomi, atau janji-janji mulus untuk mendapat elektrik percuma, air percuma, pendidikan percuma; adalah seperti janji Dajjal Al Masih kepada manusia di akhir zaman. Manusia yang jahil dan tidak berilmu akan ditipu, sementara manusia yang memerhati dan mentelaah keadaan dengan iman dan kebenaran, mereka akan terselamat dari pendustaan sang pendusta, walau para mubaligh syaitan memakai jubah dan semutar di kepala.
Morfologi Ekonomi Dan Hakikat Zalim
Begitulah banyak orang menyangka bahawa harga cili kering ditentukan secara mutlak oleh kerajaan. Walhal untuk menghasilkan sebiji cili kering sahaja, ia perlu melalui sebuah kitaran ekonomi (morfologi). Dari benih disemai kemudian di tanam di ladang, sistem saliran dan pengairan, masalah pekerja ladang, baja, pengeringan, pembungkusan, pemasaran dan penghantaran. Semua tahap ini memerlukan kos, bukan air liur atau cakap kosong. Sebuah tin MILO kosong yang beredar di ceramah PAS tidak mampu untuk menghasilkan sebiji cili kering.
Tanyakan kepada para peniaga bumiputra atau peniaga cina, apakah Nasi Ayam Hainan atau Bak Kut Teh yang mereka jual, dibayar oleh pelanggan dengan harga separuh, dimana separuh lagi diambil oleh kerajaan? Hakikatnya mereka menerima wang dari pelanggan dengan harga yang mereka tawarkan tanpa kurang walaupun satu sen.
Tetapi mengikut Al Qur’an sebagaimana Luqman berkata kepada anaknya “Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar” (Luqman ayat 13). Sehinggakan Rasulullah saw mengutus perintah kepada Ali tatkala beliau berjaya membuka Thaif, agar Ali memusnahkan berhala dan meratakan kuburan seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hayyaj.
Menyebabkan para ulama Ahli Sunnah antaranya Ibn Qayyim menetapkan bahawa pekerjaan utama ketika sebuah kerajaan Islam berkuasa adalah menghapuskan tempat-tempat kesyirikan walaupun hayat kerajaan tersebut cuma sehari. Bukan memusnahkan tempat pelacuran atau kemaksiatan, tetapi dibiarkan patung berhala yang disembah tertegak megah seperti di Kelantan.
Begitu juga kezaliman yang paling besar adalah membiarkan ajarah kufur Syiah Rafidah menyebar di dalam PAS, walhal agama Syiah Rafidah ini telah mengkafirkan para sahabat terutama sekali Ummul Mu’minin A’isyah dan perawi hadis Abu bakar, Umar dan Abu Hurairah. Serta mereka mengatakan bahawa Al Qur’an yang ada ditangan kita telah diciplak dan dirubah, serta Allah Ta’ala tersilap menghantar wahyu. Lalu mereka menghalalkan darah dan harta serta kehormatan kaum Sunni, sepertimana yang sedang dilakukan oleh Basyar Asad. Ironinya Mat Sabu membela mati-matian si Syiah Rafidah yang kufur ini. Bukankah ini sebuah kezaliman yang terang seperti mentari? Tetapi bagi pembangkang, semua ini tidak zalim, yang zalim adalah kerajaan!kerajaan! dan kerajaan ! Ironinya.
Allah katakan bahawa orang kafir itulah zalim. Justeru sangat pelik PAS yang menentang kezaliman berpelukan dengan kaum kafir yang menentang keras hukum Islam. Hakikatnya, tidak ada dari rakyat Malaysia yang dizalimi, mereka tidak pernah dipaksa untuk berbuat jahat, perniagaan mereka dibantu, malah kita bebas untuk bergerak dan rasa aman saat keluar rumah.  Kata‘zalim’ yang dibangkitkan oleh kaum pembangkang, adalah persepsi jahat sepertimana pendahulu mereka iaitu kaum Khawarij telah ciptakaan di zaman Saidina Ali. Khawarij itu adalah anjing neraka kata Nabi. Mereka tidak akan berhenti menyalak sehinggalah Dajjal menjelma.
SUMBER  :  Setiausaha 1 Ilmuan Malaysia(iLMU), Pengkaji Perbandingan Agama, Mazhab, Falsafah dan Tamadun

MY TRUE INFO - Gudang Infomasi Dan Hiburan Anda: Kereta Api Tergelincir Berhampiran Bukit Mertajam,...

MY TRUE INFO - Gudang Infomasi Dan Hiburan Anda: Kereta Api Tergelincir Berhampiran Bukit Mertajam,...: Kereta api milik KTM yang dalam perjalanan menghala ke selatan tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada pukul 2.45 petang, ...

Zarina Anjoulie Didapati Positif Dadah | GilaPing

Zarina Anjoulie Didapati Positif Dadah | GilaPing

anaknilai

Monday, February 4, 2013

Double - Y: [VIDEO] : Astagfirulllahuladzim... Penceramah PAS ...

Double - Y: [VIDEO] : Astagfirulllahuladzim... Penceramah PAS ...: Fitnah, penghinaan, maki hamun dan ejekan adalah rutin bicara penyokong dan pemimpin Pas terhadap Umno BN, agak janggal seseorang yang menga...

BICARA PENA: MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA

BICARA PENA: MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA: PENGUMUMAN PADA RAKAN MEDIA SOSIAL S alam~Majlis Media Sosial 1Malaysia telahpun diluluskan bernombor pendaftaran~PPM-013-20072012 B...

anaknilai

Sunday, January 27, 2013

1MOSQUE: NAJIB DAN ANWAAAR - Antara Langit dan Bumi

1MOSQUE: NAJIB DAN ANWAAAR - Antara Langit dan Bumi: Nurul Izzah Mengamok Sakan...!  Report Card Prestasi Najib Tewaskan Anwar.... POSTED BY  MEDAN INFO KITA   AT  8:30 AM   ...

Friday, January 25, 2013

Guan Eng Harus Minta Maaf kepada Umat Islam dan Menarik Balik Kenyataan Permohonan Menggunakan Kalimah Allah Di dalam Bible Berbahasa Melayu atau Menerima Padahnya.


Kalimah Allah : 10 NGO Kuala Muda Desak Guan Eng Mohon Maaf

SUNGAI PETANI, 25 Jan – Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda pada Jumaat mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.
Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.
“Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain,” katanya kepada pemberita.
Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.
“Kita tidak mahu nama Allah digunakan di dalam Bible,” katanya.


Sumber : UMNO Online

ANAKNILAI: Anwar Sah Manusia Durjana.

ANAKNILAI: Anwar Sah Manusia Durjana.: Anwar Merendah Rendahkan Najib dan Bersifatkan Kurang Bijak Lawatan Najib ke Gaza... Inilah kenyataan Bangang dari ANWAR....orang l...

anaknilai

Friday, January 18, 2013

The Malay Hitory Series ; Tun Perak


TUN PERAK THE UNSUNG HERO


 

Sepertimana tajuk yang tertulis diatas, peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah sehingga ke hari ini. Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini lebih realiti dari Hang tuah. Kalau kita ibaratkan sejarah England Hang Tuah ialah King Arthur dan pedang saktinya yang menjadi lagenda dan misteri yang penuh dengan mitos manakala Tun Perak pula sesuai disamakan dengan Sir Francis Walsingham atau juga William Cecil yang melahirkan banyak keturunan perdana menteri dan ahli politik.

 Dalam Mastika keluaran terbaru juga ada memaparkan kisah mengenai tokoh hebat ini. Namun kisahnya bukanlah sebuah kisah yang membanggakan kerana ia mengenai kekesalan kaum kerabat Tun perak yang masih hidup di Melaka dengan sikap segolongan dari bangsa kita yang tidak ambil peduli tentang tokoh ini. Amat mengejutkan apabila saya baca bahawa ada pihak yang lansung tidak mengenal siapa Tun perak malah ada juga pihak yang mencemuh mereka apabila mereka mahu mewartakan tapak perkuburan Tun perak. Anda tahu apa yang mereka kata? 'Tun perak tu siape, tak penting pun lainlah kalau hang tuah semua orang kenal'. Terkedu dan sayu rasa dihati saya menatap tulisan tersebut. Saya tidak sangka ada juga orang yang berfikiran cetek, jumud dan buta sejarah seperti ini! Kalau lah Tun perak masih ada tentu dia kecewa. Maka atas dasar simpati terhadap keluarga Tun perak yang sekarang masih ada di Melaka maka saya akan paparkan untuk anda artikel mengenai tokoh agung ini.

Hari ini kita akan memperbincangkan satu persatu sumbangan beliau dan melihat betapa besarnya pengaruh dan kepimpinan beliau dalam membangunkan Melaka dan bangsa Melayu itu sendiri. selepas ini diharap jangan ada lagi yang mempersoal siapa itu tun perak berbanding hang tuah. jika tiada Tun perak saya percaya Hang tuah juga tidak akan kemana. Para pembaca semua, sebenarnya ada banyak aspek yang melibatkan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka sebuah negara yang maju, antaranya adalah seperti berikut:


1. Kuasa Melantik Sultan

Bendahara merupakan pemilik wibawa fizikal yang terbesar dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka . Oleh itu, Tun Perak selaku bendahara Melaka mempunyai kuasa untuk melantk seseorang raja. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian darah dengannya. Misalnya, seperti perlantikan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai sultan Melaka merupakan anak saudara kepada Tun Perak.

Selain itu, boleh dilihat juga peranan dan sumbangan Tun Perak dalam menjadi penasihat sultan. Tun Perak juga merupakan king maker penting dalam membuat pilihan yang tepat dalam memilih seorang putera yang akan ditabalkan menjadi sultan. Walau bagaimanapun, tidak semestinya seorang putera raja akan terus diangkat atau ditabalkan menjadi sultan. Kuncinya adalah muafakat dan keadilan, baik bagi raja atau sultan yang akan menduduki takhta kerajaan mahupun dalam kalangan individu yang dipertanggungjawbkan tugasnya. Secara idealnya, selain dari adil, raja-raja Melaka juga harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.  Hal ini terkait rapat dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui diantara Demang lebar daun dan Sri tri buana.Terdapat empat syarat bagi menegakkan daulat sebagai seorang pemerintah. Hal ini dubuktikan dengan lebih jelas dalam undang-undang perlantikan seorang sultan ;

 

“adapun syarat segala raja-raja itu atas empat perkara : pertama ampun

(merciful), kedua murah (generous), ketiga perkasa (courageous),

keempat melakukan hukumannya dengan kaharnya

(to give his verdict decislvely). Itulah sifat segala raja-raja itu

pada zamandahulu kala, turun-temurun, datang sekarang.

Inilah kanun namanya ”

 
Raja yang adil akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Perkara inilah yang sering ditekankan oleh Tun Perak ketika menjadi bendahara Melaka. Bukan sahaja dalam menasihati raja malahan ketika melakukan tugas yang lain juga seringkali Tun Perak menasihati pengikut-pengikutnya mengenai hal ini. Hal ini dilihat jelas sewaktu Tun Perak mengecam perbuatan Temenggung Seri Maharaja kerana Temenggung telah meminta agar Sultan Mahmud membunuh seorang anak tempatan yang tidak besar kesalahannya sehingga perlu dijatuhkan hukuman bunuh. Hal ini amat ditentang oleh bendahara Tun Perak kerana beliau kuatir perbuatan membunuh itu akan menjadi kegemaran sultan. Bendahara mengecam perbuatan Temenggung itu dengan berkata bahawa ;

“hai, hai ; lihatlah Seri Maharaja, anak harimau di ajarnya makan daging,

dia kelak ditangkapnya."

 
2. Merancang Strategi Ketenteraan yang ampuh

Jawatan dan amanah yang diberikan oleh sultan dan penduduk Kelang telah mendorong Tun Perak untuk menceburi bidang pentadbiran lalu menjadi sebahagian daripada birokrasi kerajaan Melaka. Pada awal abad ke-15 telah timbul persaingan antara kerajaan-kerajaan di seluruh kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan siam mempunyai agenda yang tersendiri iaitu untuk menakluki kesemua kerajaan di kepulauan Melayu termasuklah Melaka. Oleh itu, kesemua negeri di Tanah Melayu haruslah menghantar wang emas dan menyembah raja siam bagi menunjukkan kesetiaan dan pengakuan mereka akan ketuanan Melayu-siam Sri Dharmaraja terhadap negeri mereka. Namun, akibat daripada kesedaran kerajaan Melaka yang tidak mahu negeri itu bertuankan raja siam, maka mereka telah mengingkari segala perintah tersebut. Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan siam Sri Dharmaraja, lalu mereka telah menghantar angkatan tentera yang telah diketuai oleh Panglima Awi Cakri (Ok-P'ya Cakri). Dalam serangan inilah telah memperlihatkan kebijaksanaan dan bakat yang ada pada diri Tun Perak.

Dibawah institusi 'kerah', kerajaan Melaka telah mengarahkan agar kesemua pembesar dan penghulu di setiap daerah untuk mencari tenaga tentera dalam kalangan rakyat bagi memperthankan kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu termasuklah daerah kelang. Tun Perak selaku penghulu Kelang pada ketika itu telah diarahkan untuk mengerah pengikut dan hulubalangnya ke Melaka. Disinilah bermulanya perlaksanaan strategi Tun Perak dalam mempertahankan Melaka. Antara strategi beliau adalah Tun Perak telah mengarahkanseluruh penduduk Kelang sama ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai misi mempertahankan Melaka. Walaupun strategi ini dikatakan pelik, namun ianya sangat praktikal. Menurut Tun Perak, tentera lelaki kelak akan berperang untuk mempertahankan Melaka dengan bersungguh-sungguh, “.....kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang di-Pertuan, lebiah ia berlawan (kerana) anak dan isterinya.”1 Dalam perlaksanaan strategi ini dapat dilihat bahawa ramai tentera siam mati lalu mereka telah mengalah lalu berundur dari Melaka.

Kejayaan perlaksanaan strategi mempertahankan Melaka daripada serangan siam telah membuktikan kepada semua akan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, hal ini telah menyebabkan sultan Melaka beranggapan bahawa tidak wajar sekiranya Tun Perak terus mentadbir Kelang lagi kerana bakatnya amat diperlukan untuk membangunkan kerajaan Melaka. Oleh itu, Tun Perak telah diarahkan untuk berpindah dan mendiami Melaka. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Bentara Melaka. Seperti yang kita ketahui, Tun Perak merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip dan falsafah, “...dianugerahi oleh raja Melakapedang sebilah...peliharalah baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan matanya.” Berdasarkan prinsip ini, maka beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri, duduk di Seri balai Istana, setara dengan Seri Nara Diraja yang ketika itu memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.

Kehebatan ilmu dan strategi dalam peperangan yang terajui oleh Tun Perak memang sudah teruji dalam awal penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran Melaka. Selepas menjawat jawatan sebagai seorang Bendahara Melaka, tugas utama yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengetuai angkatan tentera laut Melaka untuk menangkis dan mengalahkan serangan tentera laut siam. Menyedari akan kelemahan yang dimiliki dalam menangani serangan hebat dari siam, Tun Perak telah tampil dengan dengan satu lagi strategi yang baik iaitu strategi psikologi yang mana beliau telah menggunakan “puntung api” berdekatan dengan pantai Batu Pahat iaitu pantai sebelum sampai ke kawasan pantai Melaka. Walaupun strategi ini nampak sangat melucukan tetapi ia merupakan satu serangan psikologi yang dapat melemahkan semangat tentera siam apabila mereka melihat puntung api berada di seluruh kawasan pantai mereka mula beranggapan bahawa tentera Melaka adalah sangat ramai dan hal ini amatlah menakutkan tentera siam kerana bilangan tentera siam tidak dapat menangani tentera Melaka yang begitu ramai. Hasilnya, Melaka telah menang dalam pertarungan ini. Kekalahan siam juga telah memberi peluang kepada Melaka untuk menyerang Pahang yang pada ketika itu berada tanah taklukan Sri Dharmaraja. Semasa peperangan yang berlaku di Pahang, Tun Perak sekali lagi telah mengetuai angkatan tentera Melaka.

Sebagai seorang pemerintah yang berkaliber akhirnya Tun Perak telah dilantik untuk menjadi Bendahara Melaka yang merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam hirarki pentadbiran awam dan ketenteraan. Tome Pires dalam catatannya telah menyatakan bahawa ;

 

“...captains-general, whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy,

who is the next to the king. To this man all the mandarins do reverence...the

Bemdara is the hingest in the kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice

in all civil and criminal affair...He can order any person to be put to death, of

whatever rank and condition, whether nobleman or foreigner, but first of all

he must inform s the king , and both decide the matter in consultation with

the Laksamana and the Tumunguo.”

 

Selepas tahun 1440-an, dengan kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimiliki oleh Tun Perak telah menjadikan kedudukannya dalam birokrasi pentadbiean Melaka semakain selesa. Selepas kemangkatan Seri Nara Diraja Tun Ali yang merupakan iparnya, jawatan Penghulu Bendahari ini telah diserahkan kepada Tun Tahir bin Tun Ali dan memegang gelaran yang sama iaitu Seri Nara Diraja. Selain itu, Tun Mutahir bin Tun Ali juga telah dilantik untuk menjadi Temenggung Melaka dan memegang gelaran Seri Maharaja. Seterusnya, Tun Abdullah yang merupakan anak bongsu kepada Tun Ali juga telah dilantik menjadi pembesar istana dan digelar Seri Nara Wangsa. Dalam keadaan ini dapa dilihat hampir semua raja-raja dan pembesar Melaka mempunyai pertalian persaudaraan dengan Tun Perak. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa Tun Perak sewaktu menjadi bendahara Melaka, beliau telah dikelilingi oleh kaum kerabatnya sendiri.4 Hal ini telah memberikan stu peluang yang baik kepada Bendahara Tun Perak untuk membangunkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah empayar yang berjaya.

 
3. Pakar Hubungan Diplomatik

Kejayaan-kejayaan yang diperoleh daripada peperanagn telah menyebabakan Melaka mengubah strategi hubungan diplomatiknya dengan siam terutamanya. Dalam hal ini Tun Perak telah menyarankan agar melaka berbaik-baik dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan siam. Hal ini kerana Tun Perak dapat melihat manfaat sekiranya kedua-dua buah kerajaan ini berdamai dan menjalinkan hubungan secara profesional. Keadaan ini ditambah lagi dengan hubungan baik yang terjalin antara China dengan Melaka iaitu China telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri yang berada dibawah jagaannya. Perkara ini telah menjadi anatra faktor utama siam bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara profesional dengan Melaka. Dalam hal ini Tun Perak telah menyatakan bahawa ;

 

“.....daripada banyak seteru, baik banyak sahabat.”

 

Hal ini telah dititikberatkan oleh sultan dan akhirnya kedua-dua buah kerajaan ini telah bersetuju untuk sama-sama berhubungan dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai keamanan dan keharmonian dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan kedua-kedua buah negeri ini.


4. Membangun dan Memperluaskan Ekonomi Melaka

Dasar politik serta hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Tun Perak telah berjaya menarik perhatian seluru dunia untuk menjalinkan hubungan negeri ini. Hal ini ditambah lagi dengan perkembangan ekonomi di selat Melaka sekaligus menjadikan Meaka sebagai sebuah pusat perdagangan dunia. Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Melaka telah menyebabakan empayar ini terus berkuasa di seuruh kawasan perdagangan selat Melaka. Kebijaksanaan Tun Perak dalam menarik para pedagang datang ke Melaka merupakan satu sumbangan yang tidak dapat dinilai oleh kita. Perlaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka amat menitikberatkan hal keadilan pedagang, pembeli, dan faedah yang bakal diperoleh oleh kerajaan telah menjadi satu platform bagi pembangunan ekonomi Melaka.

Dalam kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawlan baranagn dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan berniaga, bandar Melaka telah bangun menjadi sebuah emporium antarabangsa. Selain itu, kebajikan para pedangan juga telah dititiberatkan oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, gudang-gudang dan rumah tumpangan telah diwujudkan di pelabuhan Melaka bagi menarik perhatian para pedagangan untuk singgah ke Melaka. Di samping itu, diwujudkan juga tempat untuk membaiki kapal-kapal dagangan yang telah rosak akibat daripada ditiup angin monsun.

Selain itu, penguasaan politik secara langsung terhadap kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dan sumatera melalui penaklukan telah membolehkan pengawalan keatas bahan-bahan mentah serta barang dagangan untuk dibekalkan kepada pedagang asing. Contohnya pedagang dari China yang amat memerlukan bahan-bahan dan barangan daripada kepulauan Melayu untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Selain daripada dasar perluasan kuasa, dasar diplomatik yang diamalkan oleh Melaka dengan negeri-negeri lain di sekitarnya telah memberikan seribu satu kebikan kepada Melaka. Seperti yang dikatakan oleh Tun Perak mengenai hubungan diplomatik yang terjalin antara Melaka dengan siam bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terbukti apabila kerajaan siam membekalkan beras ke Melaka untuk diperdagangkan dan menampung keperluan masyarakat Melaka. Persengketaan yang telah ditamatkan oleh Tun Perak ini akhirnya telah membuahkan hasil seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi.

 
5. Mewujudkan Sistem Pentadbiran yang berkesan

Kebijaksanaan Tun Perak sebagai bendahara Melaka telah berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang amat efektif dan sistematik sehingga boleh bertahan selama empat generasi pemerintahan sultan. Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa ;

 

“..Bemdara (Bendahara) is the highest in the kingdom.

 

Hal ini dapat dilihat sekiranya sultan berangkat ke tempat lain atas urusan rasmi, maka segala urusan pentadbiran akan diserahkan kepada pembesar-pembesar dan ia diketuai oleh bendahara Tun Perak. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu Sultan Mansur Sah dan rombongannya telah berangkat ke Majapahit atas urusan rasmi. Oleh itu, sultan telah menitahkan agar bendahara yang akan menjaga dan menerajui pucuk pimpinan kerajaan sewaktu ketiadaan baginda di Melaka. Hal ini dapat dibuktikan apabila sultan bertitah dengan menyatakan bahawa ;

 

“maka Bendahara Paduka dan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan

segala menteri hulubalang yang besar-besar sekaliannya ditinggalkan

oleh Sultan Mansur Syah menunggui negeri”

 

Oleh yang demikian, segala tugas sultan akan dipikul oleh Tun Perak ketika ketiadaan sultan di Melaka. Para pembesar yang lain juga akan mempunyai tugas mereka iaitu turut bersama-sama menerajui pentadbiran negeri seperti yang telah diamanahkan oleh sultan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pembesar telah menunjukkan berlakunya persefahaman dan saling bergantungan antara pembesar-pembesar untuk terus menjaga keharmonian kerajaan Melaka.


Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud, iaitu setelah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun Perak, empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap sebagai 'Pembina Empayar'. Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang besar dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia. Kewibawaannya sebagai seorang pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari ini kerana kebijaksanaannya dalam mengatur pelbagai strategi telah menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya hingga ke luar semenanjung Tanah Melayu. 


Selepas kematian Tun Perak, Sultan Mahmud telah melantik Tun perpatih Putih yang merupakan adik kepada Tun Perak untuk menjadi bendahara dan mendapat gelaran sebagai Bendahara Putih. Bendahara baru masih lagi meneruskan segala dasar yang dilakukan oleh Tun Perak, namun beliau tidak dapat mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh Sultan Mahud dan akhirnya kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ketangan Portugis. Maka disini dapat dilihat berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pembesar-pembesarnya. Sekian wallah hu a'lam.

ANAKNILAI: Siapa Azmin ??? Timbalan Presiden Pakatan Rakyat ...

ANAKNILAI: Siapa Azmin ??? Timbalan Presiden Pakatan Rakyat ...: Isu kalimah Allah: Kenyataan Azmin Ali bercanggah majlis syura Petaling Jaya:    Empat hari selepas Majlis Syura Ulama PA...

1Masjid/bmt

MOONWALK: Berita Terkini !!! YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun ...

MOONWALK: Berita Terkini !!! YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun ...: Majoriti besar calon BN sudah diputuskan Kuala Lumpur: Sebahagian besar calon Barisan Nasional (BN) sudah diputuskan dan sedang dite...

anaknilai

Berita Harian | Biarlah rahsia

Berita Harian | Biarlah rahsia

BMT

Apa Dah Jadi....: SAYA MELAYU MELUAT UMNO TAK KESEORANGAN

Apa Dah Jadi....: SAYA MELAYU MELUAT UMNO TAK KESEORANGAN: Oleh Nasi Siru (Jawapan kepada komen Punching Bag dalam Di sebalik Bahasa Melayu Anak LKY posted 29 Ogos) 'PUNCHING Bag', anda tidak k...

anaknilai

Apa Dah Jadi....: Orang Melayu belum selamat

Apa Dah Jadi....: Orang Melayu belum selamat: SHAH ALAM – Orang Melayu masih belum selamat bukan hanya kerana perlu berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU) yang biasa, sebaliknya satu pemilih...

1Masjid/bmt

Thursday, January 17, 2013

PAPA GOMO: Najib Razak Lancar SelangorBN.FM bagi Menangkis Dakyah Fitnah Pakatan Haram

PAPA GOMO: Najib Razak Lancar SelangorBN.FM bagi Menangkis Dakyah Fitnah Pakatan Haram

anaknilai

PAPA GOMO: Al Fatihah...... Setelah 2 Tahun Berlalu

PAPA GOMO: Al Fatihah...... Setelah 2 Tahun Berlalu

SIRI EVOLUSI SEJARAH MELAYU - AKIBAT PEPECAHAN RUMPUN MELAYU DI NUSANTARA.


KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DI NUSANTARA DITAWAN OLEH PORTUGIS KERANA PEPECAHAN: SARJANA PORTUGIS



Salam para pembaca semua. Pada kali ini saya ingin memaparkan sebuah artikel pengiring yang bagi saya cukup menarik walaupun ringkas. Semoga artikel yang saya perolehi dari portal UKM ini memberi pengajaran dan peringatan kepada kita betapa pentingnya sejarah itu dipelihara dan dikaji selidik sebaiknya. Jangan sampai orang luar lebih tahu sejarah kita berbanding kita sendiri, malu rasanya saya tak tahulah anda malu ke tidak.

 

Seorang sarjana Portugis mendedahkan Kerajaan Melayu-Islam bukan saja berkembang di Melaka, Johor dan Aceh malah juga di Ambon, Ternate dan Tidore sekitar tahun-tahun 1500-am.Dr Gijs L Koster dari Universiti of The Minho, Braga, Portugal, juga berkata semua kesultanan Islam itu di samping kerajaan Pasai, Minang dan Maluku turut sama memberi tentangan hebat terhadap penjajah Portugis selepas kejatuhan Melaka pada 1511.

 

Sebelum ini kesultanan itu turut menjalin kesepakatan seperti di antara Johor dengan Melaka atau dengan Aceh walaupun kadangkala ketiga-tiga kuasa itu bersengketa dalam perebutan kuasa pada abad itu.Pada saat-saat perpecahan terutama di kalangan pembesar kerajaan Melayu itulah, kata sarjana Portugis itu, armada Feringgi  dengan mudah mengalahkan Aceh terkenal sebagai pendekar Islam Asia Tenggara, pada 1629.Sebelum ini, sekitar 1540 akibat kerajaan Melayu di Pasai menjadi berpuak-puak Portugis juga melancarkan serangan lantas menguasai wilayah itu.

 

Dr Koster, 66, memberikan fakta-fakta itu pada satu wacana bertajuk “Reaksi Sastera Melayu Terhadap Kehadiran Portugis di Nusantara” anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM di institut itu Jumaat lalu.Beliau yang fasih berbahasa Melayu-Indonesia pernah bertugas sebagai Profesor Madya di Universiti Sains Malaysia dari 1993 hingga 2000 sebelum ke Universiti Indonesia, Depok, Riau, mengajar sastera Melayu/Indonesia Tradisional dan Moden dan Perbandingan.Dalam ceramah ringkas itu, Dr Koster turut mendedahkan beberapa perkara menarik: Hikayat Tanah Hitu dikarang oleh Imam Besar Ambon Saipul Hijali mengandungi banyak kisah perjuangan kesultanan Melayu-Islam di rantau ini.

 

Sultan Ambon melancarkan Perang Sabil terhadap Portugis yang didapati menggalakkan paderi-paderi memurtadkan penduduk Islam selain cuba campur tangan dalam kerajaan di Utara Ambon. Dua helai surat dipercayai tertua ditulis dalam bahasa Melayu, tulisan Jawi  kini tersimpan di arkib di Lisbon. Pertama daripada Sultan Baadullah dari Ternate kepada Raja Juan III mengadu mengenai sikap buruk orang Portugis yang mencuri, mabuk dan bergaduh di pelabuhan dilawati di rantau ini. Begitu juga surat ditulis oleh Sultan Zainol Abidin dari Pasai mengenai perkara yang sama.Mengenai kerjasama kerajaan Melayu itu, Dr Koster berkata Melaka, Johor dan Aceh membentuk jalinan tiga segi dan kadangkala di antara dua kerajaan saja seperti Aceh dengan Johor dan Johor dengan Melaka.

 

Pada satu ketika, armada Aceh dilengkapi meriam besar dibeli dari Turki dibantu oleh berpuluh kapal dari Johor membedil kota Melaka untuk menangkap seorang kapitan Portugis yang kejam dan bengis.“Orang Portugis menganggap kapitan yang berjaya ditangkap itu sebagai mati ‘syahid’ kerana rela dibunuh saja daripada murtad iaitu menukar agama daripada Nasrani kepada Islam,” kata Dr Koster.Turki pada zaman itu, kata Dr Koster, dianggap sebagai Amirul Mukminin dan turut sama memberi bantuan kepada Aceh adalah kerajaan Gujerati di India.

INI ARKIB DI LISBON. JOM PERGI! CIK SRI SPONSER...:)

Pada ceramah itu, Dr Koster turut memaparkan gambar-gambar lukisan Portugis belum pernah dilihat di sini menceritakan pelbagai kisah menarik dan wajah bandar Melaka dan tanah jajahan lain.Selain membina kubu dan benteng,  Portugis memastikan ‘felorina’ iaitu sebatang tiang tempat hukuman mati dilaksanakan dibina dekat tengah kota termasuk di Melaka. Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Ding Choo Ming mengakui bahawa Hikayat Hitu belum pernah diselidiki oleh sarjana-sarjana Melayu-Nusantara malah banyak perkara didedahkan oleh Dr Koster adalah kisah-kisah yang perlu dikaji yang kini tersimpan di arkib-arkib di Portugal.
 
Sumber : Blog Melayu Nusantara

Daeng Selili Politik Perak: Sharifah Zohra Mohon Maaf

Daeng Selili Politik Perak: Sharifah Zohra Mohon Maaf: Inilah pengakuan yang disampaikan kepada DS, jangan terkejut boboi ya, aku tadi saja surf rakan blogger aku si MAKANCABAI yang mengant...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Comment Box

Blog 1Malay Social Plugin