Advertisement

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Cerita Ustaz kazim bagaimana Pas sanggup mempergunakan agama demi DAP



Saya sempat bertanya bersama ustaz Kazim sambil menjamah makanan ringan mengenai Pas yang mempergunakan agama Islam demi kepentingan politik semata-mata. Betapa jahatnya parti yang bermuka-muka kononnya mereka Islam tetapi semuanya kosong belaka. Begitulah yang berlaku kepada Pas yang mendabik dada kononnya merekalah yang lebih Islam daripada Islam tetapi menjadi hamba sebuah parti kafir laknatullah seperti DAP.

Ustaz Kazim mengupas bagaimana Pas sanggup mempergunakan orang Melayu yang beragama Islam agar berpecahbelah dan menjadi berpuak-puak supaya parti DAP menjadi sebagai sebuah parti majoriti. Semangat Ustaz Kazim terhadap Islam dan dan bangsa Melayu wajar dipuji kerana ia melebihi ulamak Pas yang bercakap hanya retorik politik semata-mata.

Kata Ustaz Kazim, manusia yang paling fasik adalah manusia yang mengelarkana diri orang lain dengan gelaran yang tidak baik termasuk mengelarkan diri orang lain dengan kafir.

Pas hanya memperjuangkan agama bukan dijalan Allah tetapi hanya dengan dendam kesumat terhadap orang Islam lain dan sanggup bersama kafir seperti DAP dan perjuangan ini bukan dikehendaki oleh Allah SWT.

Apabila suasana begini wujud maka usaha untuk mendidik masyarakat menjadi orang Islam beriman akan gagal kerana intisari dalam ceramah Pas lebih mirip kepada kutukan dan ejekan. Sikap mengutuk dan mempersendakan individu-individu dan golongan tertentu menjadi lumrah kepada kebanyakan penceramah agama di dunia Islam masa kini.

"Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." - Namun PAS lakukan sebaliknya

Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam. Pendakwah sepatutnya memahami realiti kehidupan masyarakat di sekeliling mereka dan menggunakan akal yang rasional dalam merancang program dan pendekatan dakwah kepada masyarakat.

Jika masyarakat jahil tentang agama Islam pendakwah sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memperkukuhkan akidah Islam dan mengajar serta menggalakkan mereka mengamalkan perkara-perkara berkaitan dengan fardu ain terlebih dahulu daripada membicarakan perkara-perkara yang menyukarkan akal fikiran masyarakat dan menyebabkan mereka merasai betapa sukarnya menjadi umat Islam.-sebab itulah PAS gagal dalam kerja dakwahnya dan hanya berjaya mengejar kehendak duniawi saja.

Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. -Ini hobi tetap Ostad PAS. Rasulullah SAW menyeru pendakwah Islam supaya memahami kecapaian akal fikiran manusia ketika berdakwah. Sikap radikal dan 'ujub (merasai diri terlalu warak dan beriman) bukan merupakan sifat pendakwah Islam. Kuliah subuh sepatutnya digunakan untuk menerapkan ilmu wahyu dalam hati nurani masyarakat bukan menghemburkan cacian dan cercaan kepada orang yang tidak bersefahaman dengan ideologi politik.

Pendakwah Islam sepatutnya menjadi orang yang paling sabar menghadapi kerenah masyarakat kerana peranan mereka ialah mendorong masyarakat ke arah syurga. - Adakah Ostd PAS seorang penyabar?Jika hati nurani pendakwah dilatih menjadi orang yang sabar dan mempunyai azam yang kuat untuk mendorong masyarakat ke arah kebahagiaan hakiki iaitu memasuki syurga, mereka tidak akan menghina dan mempersendakan orang yang jahil agama.

Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. Realiti yang wujud masa kini ialah terdapat pendakwah Islam kurang perihatin terhadap akhlak Islam dalam penyampaian ilmu wahyu. Sentimen politik lebih mempengaruhi pemikiran mereka ketika menyampaikan ilmu wahyu. Sepatutnya penceramah memahami bahawa orang yang hadir dalam majlis ilmu wahyu ialah orang yang mengharapkan panduan dan didikan agama bukan kutukan dan cercaan. Sedangkan mencerca orang musyrik pun dilarang oleh Rasulullah SAW.

Perkara ini dijelaskan oleh Abu Hurairah r.a. dengan katanya, "Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam.

Fikirkanlah sendiri...Anda lebih bijak mengetahui, yang mana kaca dan yang mana permata. PAS hanya mempergunakan Islam demi politik duniawi tanpa sedar yang mereka sebenarnya tangan-tangan yang memburukkan Islam itu sendiri.

Segala baik dan buruk politik mereka diterjemah dalam Islam kononnya mereka benar maksum tanpa melakukan sebarang salah dan dosa. Demi politik dunia, mereka sanggup menggunakan Islam sebagai alat untuk memegang kuasa dunia dan harta benda rakyat.

Rujukan :   Sg. Rapat Online

Tak Melayu Hilang Didunia

Thursday, October 18, 2012

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH - ULTRA KIASU DAP SUDAH MELAMPAU !!!! KEAMANAN DI NEGERI SELANGOR TELAH TERGUGAT,,,,,,,,,,









DAP TELAH MELAMPAU DI SELANGOR !!!

Apa yang telah terjadi di Selangor ?? Lebih terperinci lagi di kawasan Bandar Banting , Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan................DAP telah melancarkan Perang Psycho Ala -Gerila dengan menampal dan menyebarkan Sentimen Anti Islam dengan 'Poster Kurang Budget - NO HUDUD'   di kawasan Taman Perumahan Majoriti Melayu di Banting dan dipersekitaran Kawasan DUN MORIB yang diwakili oleh ADUN BN - YB Tuan Hj. Hasiman Sidom. 

Alangkah kurang ajarnya kerana kebanyakan poster mini tersebut dilekatkan berdekatan Masjid Jamek Banting. Apakah yang cuba dilakukan oleh DAP??. Sudah tiada kompromi di dalam Pakatan Rakyat ke?? Adakah pepecahan telah berlaku  diantara DAP dengan PKR & PAS ??

Foto foto di atas  adalah diambil oleh admin sendiri pada 17/10/2012 (pagi) setelah diberitahu oleh seorang kawan di Banting, Selangor pada pagi tarikh tersebut. Nampaknya sudah terang lagi bersuluh pihak DAP sanggup mengkhianati rakan rakan kongsi nya di dalam PR terutamanya PAS. Lambat laun PAS akan dibuang juga daripada PR setelah Madu dihirup sepah dibuang.............

Oleh yang demikian, pihak PBT - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan pihak Polis silalah ambil perhatian dan tindakan menanggalkan Poster mini tersebut yang telah mendatangkan ketakutan terutamanya kepada golongan anak anak yang bersekolah dimana kejadian di atas juga tidak jauh ( L/K 100m) daripada SK Sri Langat dan Sek Rendah Agama Pekan Banting (SRA).   
 
Ayuh jangan berlengah lagi..........Rakyat Melayu Islam keseluruhannya di Malaysia. kita Tolak DAP yang sentiasa bersifat chauvinist dan ultra-kiasu malah seperti kominis akibat tidak tanduk mereka yang sentiasa Anti Islam justru Anti Melayu yang 99.9% yang semestinya Islam agamanya.   

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH !!!

Sudah sudahlah tu.....kita pakat ramai ramai humban para pejuang mereka yang telah secara terang terangan Anti islam dan menggangu gugat keamanan dan keharmonian masyarakat Malaysia amnya. Admin tidak boleh terima bila Nik Aziz kata DAP tidak mengganggu PAS dan mereka sentiasa terbuka bila soal Isu hudud diperkatakan. Nampaknya Nik Aziz tidak sanggup melangkah mayat Karpal Singh dan apa lagi Kit Siang yang membawa fahaman 'Malaysian Malaysia yang dilahirkan kempennya olh Lee Kuan Yew  dengan PAP pada tahun tahun terakhir Singapura di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan sebelum penubuhan Malaysia.

Oleh yang demikian. Admin mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia pimpinan  YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gejala subversif yang sudah terang lagi bersuluh......................

p/s Pihak MDKL : sila ambil tindakan !!

Wednesday, July 25, 2012

Kenyataan Sebenar Tragedi 13 Mei, 1969


13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU


Lim Kit Siang zaman 13 Mei..
PENASIHAT Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah JI).

Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau. 

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, Ahli Parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggilParti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama. 

Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor. 

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang. 

Bukankah Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia?

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang. Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran  darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.

Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah "Malai si" yang bermakna "Mati Melayu".

Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak:-
 
"Apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:

"Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan."

Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:

"KL sekarang Cina punya."

Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:

"Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah 'control'."

Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini denga berkata:

"Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa."
Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:

"...semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."
"Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau."

Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:

"Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;

"Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."

Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti  yang memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah daging mereka.

---------------------------------------------------------------------------------------------

P/S    Tolong sebarkan Artikel ini kepada seluruh Umat Melayu Islam agar menjadi panduan dan sempadan. Nilaikan betapa sikap Racist dan Chauvinist DAP ( Parti Komunis??) yang tebal untuk memecah belahkan orang Melayu di Malaysia dan mengambil peluang untuk memenangi kerusi di dalam PRU13. 

Amaran Terakhir !!!!!  Orang Melayu Bangkit!!! Jangan Bagi Undi langsung kepada DAP dan kaum kerabatnya samada PAS ( Parti Ajaran Sesat ) atau PKR ( Party Zionist ).  
*SESAL DULU BERPENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA ......................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Comment Box

Blog 1Malay Social Plugin