Advertisement

Thursday, January 17, 2013

SIRI EVOLUSI SEJARAH MELAYU - AKIBAT PEPECAHAN RUMPUN MELAYU DI NUSANTARA.


KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DI NUSANTARA DITAWAN OLEH PORTUGIS KERANA PEPECAHAN: SARJANA PORTUGIS



Salam para pembaca semua. Pada kali ini saya ingin memaparkan sebuah artikel pengiring yang bagi saya cukup menarik walaupun ringkas. Semoga artikel yang saya perolehi dari portal UKM ini memberi pengajaran dan peringatan kepada kita betapa pentingnya sejarah itu dipelihara dan dikaji selidik sebaiknya. Jangan sampai orang luar lebih tahu sejarah kita berbanding kita sendiri, malu rasanya saya tak tahulah anda malu ke tidak.

 

Seorang sarjana Portugis mendedahkan Kerajaan Melayu-Islam bukan saja berkembang di Melaka, Johor dan Aceh malah juga di Ambon, Ternate dan Tidore sekitar tahun-tahun 1500-am.Dr Gijs L Koster dari Universiti of The Minho, Braga, Portugal, juga berkata semua kesultanan Islam itu di samping kerajaan Pasai, Minang dan Maluku turut sama memberi tentangan hebat terhadap penjajah Portugis selepas kejatuhan Melaka pada 1511.

 

Sebelum ini kesultanan itu turut menjalin kesepakatan seperti di antara Johor dengan Melaka atau dengan Aceh walaupun kadangkala ketiga-tiga kuasa itu bersengketa dalam perebutan kuasa pada abad itu.Pada saat-saat perpecahan terutama di kalangan pembesar kerajaan Melayu itulah, kata sarjana Portugis itu, armada Feringgi  dengan mudah mengalahkan Aceh terkenal sebagai pendekar Islam Asia Tenggara, pada 1629.Sebelum ini, sekitar 1540 akibat kerajaan Melayu di Pasai menjadi berpuak-puak Portugis juga melancarkan serangan lantas menguasai wilayah itu.

 

Dr Koster, 66, memberikan fakta-fakta itu pada satu wacana bertajuk “Reaksi Sastera Melayu Terhadap Kehadiran Portugis di Nusantara” anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM di institut itu Jumaat lalu.Beliau yang fasih berbahasa Melayu-Indonesia pernah bertugas sebagai Profesor Madya di Universiti Sains Malaysia dari 1993 hingga 2000 sebelum ke Universiti Indonesia, Depok, Riau, mengajar sastera Melayu/Indonesia Tradisional dan Moden dan Perbandingan.Dalam ceramah ringkas itu, Dr Koster turut mendedahkan beberapa perkara menarik: Hikayat Tanah Hitu dikarang oleh Imam Besar Ambon Saipul Hijali mengandungi banyak kisah perjuangan kesultanan Melayu-Islam di rantau ini.

 

Sultan Ambon melancarkan Perang Sabil terhadap Portugis yang didapati menggalakkan paderi-paderi memurtadkan penduduk Islam selain cuba campur tangan dalam kerajaan di Utara Ambon. Dua helai surat dipercayai tertua ditulis dalam bahasa Melayu, tulisan Jawi  kini tersimpan di arkib di Lisbon. Pertama daripada Sultan Baadullah dari Ternate kepada Raja Juan III mengadu mengenai sikap buruk orang Portugis yang mencuri, mabuk dan bergaduh di pelabuhan dilawati di rantau ini. Begitu juga surat ditulis oleh Sultan Zainol Abidin dari Pasai mengenai perkara yang sama.Mengenai kerjasama kerajaan Melayu itu, Dr Koster berkata Melaka, Johor dan Aceh membentuk jalinan tiga segi dan kadangkala di antara dua kerajaan saja seperti Aceh dengan Johor dan Johor dengan Melaka.

 

Pada satu ketika, armada Aceh dilengkapi meriam besar dibeli dari Turki dibantu oleh berpuluh kapal dari Johor membedil kota Melaka untuk menangkap seorang kapitan Portugis yang kejam dan bengis.“Orang Portugis menganggap kapitan yang berjaya ditangkap itu sebagai mati ‘syahid’ kerana rela dibunuh saja daripada murtad iaitu menukar agama daripada Nasrani kepada Islam,” kata Dr Koster.Turki pada zaman itu, kata Dr Koster, dianggap sebagai Amirul Mukminin dan turut sama memberi bantuan kepada Aceh adalah kerajaan Gujerati di India.

INI ARKIB DI LISBON. JOM PERGI! CIK SRI SPONSER...:)

Pada ceramah itu, Dr Koster turut memaparkan gambar-gambar lukisan Portugis belum pernah dilihat di sini menceritakan pelbagai kisah menarik dan wajah bandar Melaka dan tanah jajahan lain.Selain membina kubu dan benteng,  Portugis memastikan ‘felorina’ iaitu sebatang tiang tempat hukuman mati dilaksanakan dibina dekat tengah kota termasuk di Melaka. Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Ding Choo Ming mengakui bahawa Hikayat Hitu belum pernah diselidiki oleh sarjana-sarjana Melayu-Nusantara malah banyak perkara didedahkan oleh Dr Koster adalah kisah-kisah yang perlu dikaji yang kini tersimpan di arkib-arkib di Portugal.
 
Sumber : Blog Melayu Nusantara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Comment Box

Blog 1Malay Social Plugin