Advertisement

Tuesday, July 17, 2012

ANWAR - MXXXN ? @ ZXXXXS ? @ IXXXXXXXXI ?


Anwar siar pro-zionis di blog : Ketua Agensi Keselamatan Israel tali barut ICG!

Filed Under (  ) by pisau on 19.6.10





Anwar Ibrahim, Yuval Diskin(tengah), Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel dan Shlomo Ben-Ami, Ahli Lembaga Pengarah ICG

Oleh Kumbang, AIDCclub

Semalam rata-rata blogger-blogger anti Anwar memainkan isu mengenai siaran artikel di blog Anwar Ibrahim yang mereka sifatkan sebagai pro kepada Israel. Artikel itu mengutarakan pendapat Yuval Diskin, Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau nama hebrewnya the Shin Bet yang menyifatkan pembatalan sekatan dan kepungan kepada Gaza akan menyebabkan bahaya dan keadaan tidak selamat kepada Israel. Hal ini disebabkan Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas akan mudah mendapat bekalan senjata dan menyerang mereka. Klik sini.
Bagi yang tidak mengenali Yuval Diskin ini, beliau pernah menjadi balaci Shlomo Ben-Ami, Menteri Keselamatan Dalam Negeri (1999-2000) dan sahabat Anwar dalam ICG untuk menjalankan kekerasan terhadap orang Islam yang melakukan demontrasi ketika lawatan Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel dan pemimpin parti Likud pada ketika itu ke Masjid Al-Aqsa,Israel pada 29 September 2008. Ariel Sharon pada ketika itu sedang berkempen untuk jawatan Perdana Menteri dan berkeras untuk menjadikan Masjid Al-Aqsa milik penuh Israel.

Yuval Diskin yang menjadi Ketua Polis Jerusalem ketika itu diyakini menerima arahan terus daripada Shlomo Ben-Ami untuk menjalankan kekerasan terhadap penunjuk perasaan Islam kerana Shlomo adalah menteri yang berperanan terhadap Polis Israel dan sebarang arahan kritikal termasuk serangan terhadap penunjuk perasaan ini adalah turun daripada beliau. Kliksini.

Hal serangan inilah yang menimbulkan kemarahan kepada rakyat Palestin dan tercetusnya intifada kedua yang mengorbankan lebih 1,000 warga Israel, 5,500 warga Palestin dan 64 warga asing. Klik sini.

Kini Shlomo Ben-Ami yang bertanggungjawab dalam pembunuhan 5,500 rakyat Palestin ini menjadi hero di dalam ICG (International Crisis Group) dengan mengkritik kerajaan Israel sebagai zalim dan korup, sedangkan beliaulah antara perancang kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Semua kritikan itu Kumbang anggap palsu kerana beliau mempunyai rekod panjang dalam memperjuangkan kewujudan negara Israel dan menjalankan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Kritikan itu hanya hadir kerana musuh politik beliau kini berada dalam kabinet Israel. Penglibatan beliau di dalam ICG pun terang-terangan menjalankan misi untuk masyarakat dunia mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah. Klik sini.



Kelmarin Anwar Ibrahim pula tanpa rasa segan menyiarkan pendapat balaci Shlomo Ben Ami, Yuval Diskin yang menyifatkan hamas sebagai pengganas dan ingin terus menjalankan serta menyeksa kehidupan rakyat Gaza.

Sebab itu Kumbang dalam artikel terdahulu yakin dan percaya, Shlomo Ben Ami dan Anwar Ibrahim sebenarnya seia dan sekata mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah. Kalau tak suka takkanlah Anwar Ibrahim anggotai ICG, yang jelas-jelas pro Zionis dan Israel..








Pisau kata " dah terang dan nyata anwar proksi yahudi,tapi kencing anwar terlalu sedap buat juak haprak untuk ditinggalkan"
U/P : PERANGI HABIS HABISAN ZXXXXXM & FREXXXXXN.....................TQ WWW.PISAU.NET.  TERUSKAN   LAGI MEMBONGKAR PENGKHIANATAN KE ATAS AGAMA DAN UMAT ISLAM.

Read more: http://www.pisau.net/2010/06/anwar-siar-pro-zionis-di-blog-ketua.html#ixzz20tVQSBex

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Comment Box

Blog 1Malay Social Plugin