Advertisement

Tuesday, February 19, 2013

DAP KEPARAT MEMBURUKKAN NEGARA DALAM CUBAAN MENGHALANG PSY DATANG KE PULAU PINANG.


RUPA-RUPANYA DAP JADI DALANG UGUTAN BUNUH TERHADAP PSY OPPA GANGNAM STYLE!!!!

Monday, February 18, 2013

Dari sebelum kedatangan penghibur Korea Selatan yang cukup terkenal dengan tarian kuda gilanya dan bernama 'Gangnam Style', sehinggalah dia membuat persembahan, dan kemudian ketika cuba meraikannya bersama-sama orang nombor satu Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia sendiri, dia tidak senang duduk manakala pihak yang ditugaskan untuk mengawal keselamatannya pula terpaksa mengambil langkah drastik.

Rupa-rupanya semua itu telah dirancang oleh konco-konco Guan Eng dan penjilat DAP. Apabila PSY Gangnam dikatakan tidak mahu turut serta dalam upacara menggaul Yee Sang, para penjilat DAP pun segera meuar-uarkan kononnya, artis tersebut pun memboikot Perdana Menteri.

Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya!

Dari awal lagi setelah DAP mengetahui, sebuah syarikat swasta sanggup menaja kedatangan PSY ke Pulau Pinang untuk memenuhi acara Barisan Nasional, parti chauvinist tersebut telah melancarkan serangan hebat. Wallpage Facebook rasmi PSY dengan membuat pelbagai tohmahan terhadap Malaysia, bahkan kepimpinan negara. PSY dan para peminatnya di seluruh dunia ditakut-takutkan dengan cerita kononnya, Malaysia diperintah oleh rejim yang sangat ganas dan zalim. Manakala pemerintah yang dikuasai oleh umat Islam pula, menekan serta menganiayai masyarakat bukan beragama Islam.

Justeru, kedatangan PSY akan membuatkan banyak perkara yang tak betul di Malaysia berjaya ditutup oleh Kerajaan UMNO-BN.

Itu kata mereka, kata-kata yang diajar oleh satu sumber memandangkan beratus-ratus nama yang menyerang wallpage Facebook PSY, ayat yang digunakan adalah sama dan skema.

Namun ternyata penghibur dari Korea Selatan itu tidak menghiraukan ancaman yang diterimanya. Dia tetap datang memenuhi undangan.

DAP tetap bermain dengan taktik kotor. Mereka telah melakukan ugutan keselamatan terhadap PSY. Dan perubahan rancangan yang membabitkan PSY di mana dia sepatutnya menggaul Yee Sang bersama-sama Perdana Menteri.

Ancaman bunuh telah menyebabkan PSY telah dinasihati agar menjauhi pentas dan Perdana Menteri Malaysia. Faktor keselamatan telah menyebabkan para penganut, pecacai dan penyokong DAP bersorak sakan dan segera menabur cerita kononnya, PSY pun tidak sukakan Malaysia dan Najib

Patutlah para penyokong DAP dan bersorak sakan sebab mereka telah diberitahu bahawa segala-galanya telah diuruskan...

Yang tidak diberitahu kepada mereka ialah, rakyat Malaysia yang tidak menyokong Pakatan Rakyat, JAUH LEBIH CERDIK DAN SANGAT BIJAKSANA berbanding pecacai Pakatan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Comment Box

Blog 1Malay Social Plugin